Anak Kerak

Anak Kerak

Anak kerak atau Anak Krok, dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan (salai) oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.Anak kerak ni biasa orang gi beli kat tok cha siam atau tokmoh, popularnya kat malaysia area Kelantan dan Kedah. 

Terdapat beberapa grade (yang power lagi mahal) Tujuanya macam-macam, biasanya digunakan untuk pelaris(sehingga menutup kedai2 orang lain), pengasih, pendinding (kebal,kuat, hebat) dan untuk khianat orang lain. Popular juga orang menggunakan anak kerak ni untuk main nombor ekor, nak cepat kaya. Grade paling rendah di ambil dari janin dan dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah di"tapa"kan dan dibentukan kedalam acuan dijadi patung kecil dimasukkan dalam botol yang dipecahkan kepada grade-grade yang lebih kecil supaya semua orang mampu milik(huhuhu). Manakala Grade paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan, dibalut kain kuning.Orang yang beli anak kerak ni akan diberi syarat perjanjian oleh tok cha antaranya kena beri MAKAN pada anak kerak ni. Kalau tak diberi makan maka akan mengamuk le anak kerak ni pada si pemakainya. Sesungguhnya perbuatan ini adalah haram dan SYIRIK. Pembaca dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya sebab esok nak mati susah! benda ni kena DIWARISKAN jadi SAKA. Jangan tersilap langkah.. sekali silap sampai bila-bila anda akan menderitaAnak kerak yang paling power dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh. Mereka menggunakan beberapa bodypart janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh. Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka tok bomoh boleh tahu dengan menggunakan bodypart seperti mata janin disihir ke mata simangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm "spycam".

Dua jenis yang hampir sama tapi tak serupa dan tugasnya berbeza. Toyol tugasnya mencuri duit  manakala Anak Kerak tak buat keje-keje tu. Anak Kerak lebih pada kerja ala-ala James Bond dan berprofile tinggi. Anak kerak susah dikesan kerana kelicikkanya, hanya perawat yang benar-benar mengetahui punca baru anak kerak ini akan muncul. tanpa mengetahui punca maka berulang-ulanglah perawat akan meruqyah pesakit dengan muka blur. 

Manakala Toyol boleh dikesan dan dihalang dengan mudah dari menggangu si mangsa.Tanda Diganggu Anak KerakPada yang boleh melihat alam ghaib boleh mengenal pasti Anak Kerak ini, kulitnya kekuningan, kepala botak , mulut air liur meleleh2 dan mata merah.Diruqyah tidak mendatangkan kesan. Tanda gangguan dalam sedar -  Seperti sihir biasa, susah hendak dikesan ianya dari angkara Anak Kerak. Kadangkala terperasan dihujung mata kelibat paras lutut melintas.Tanda ketika tidak sedar - kerasukan yang sangat keras dan adakala akan menyebut SUSU, IBU, EMAK bilamana anak kerak itu telah hampir tewas.



Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff