Hantu Air



Hantu Air

Kepercayaan utama ketika zaman purba adalah animisme, yang percaya bahawa setiap kejadian alam mempunyai roh yang perlu dipuja. Roh air ini dipercayai menghantui badan-badan air seperti sungai, tasik, paya dan juga kolam renang. Ia selalunya dipersalahkan ke atas malapetaka-malapetaka yang berasaskan air dan juga menyebabkan mangsa-mangsa lemas. Lazimnya bersifat halimunan, ia kadang-kadang menjelma sebagai sebatang pokok lama, seorang wanita cantik, ataupun apa-apa flora dan fauna lain yang mengelilingi air. Orang hilang selalunya dikatakan telah dimakan oleh roh ini. Satu upacara yang diamalkan oleh nelayan-nelayan atau pelaut-pelaut Pantai Timur yang dikenali sebagai Semah Pantai bertujuan untuk menolak bala, meminta berkat dan memohon perlindungan dari hantu-hantu air.


Menurut sumber dari Wikipedia pula Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.
Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.
Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.



Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff