Pelesit



Pelesit disimpan di dalam botol dan diberi makan nasi, telur-telur ataupun darah daripada jari-jari pemiliknya. Ia lazimnya dikaitkan dengan belalang kerana ia selalu mengambil bentuk binatang itu, kecuali Pelesit mempunyai gigi tajam yang sangat merbahaya. Terdapat dua jenis Pelesit - yang pertamanya jenis yang "jinak" yang dibela oleh seorang tuan, dan kedua jenis yang "liar" - tetapi masyarakat kampung lebih takutkan Pelesit yang jinak dan dikawal oleh manusia. Roh-roh ini dikatakan disimpan oleh wanita-wanita untuk tujuan-tujuan jahat. Antara motif-motif yang pelbagai termasuklah wanita-wanita yang sudah berkahwin menyimpan roh ini untuk memastikan pada mata suami-suami mereka hanya mereka yang menarik dan cantik, tidak kira berapa ramai wanita- wanita cantik yang dia temui. Dikatakan pengabdian membabi buta ini akan bertambah kuat setiap hari sehinggalah si suami akan jadi tidaklebih daripada seorang yang hanya menurut perintah. Dalam buku The Bomoh and The Hantu, wanita yang menyimpan Pelesit atau dikenali sebagai Ibu Pelesit, dikatakan boleh dikenalpasti melalui tindak-tanduknya mengelak pandangan mata bila berbual kerana takut orang lain akan mempunyai kuasa sihir yang lebih kuat. Wanita ini juga tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada sebilah kacip pinang yang telah tersedia sebiji pinang di antara dua pisaunya. Akhir sekali matanya akan sentiasa nampak merah dan berdarah, seolah-olah dia telah menangis sepanjang hari. Patutlah dia perlukan Pelesit!

Buku Understanding Witchcraft and Sorcery in Southeast Asia oleh Michael G. Peletz memetik sumber-sumber bomoh yang menjelaskan simptom-simptom kerasukan Pelesit. Ini termasuklah bintik-bintik kemerahan ataupun ruam, kekejangan dan tidak sedarkan diri; ataupun penuturan bahasa kesat serta jeritan kuat yang tidak tentu pasal; kebolehan bertutur dalam bahasa-bahasa lain (contohnya Tamil, Cina, Inggeris) yang mana mangsa sebelum ini tiada sebarang pengetahuan atau kebolehan pun; pergerakan tubuh badan secara tiba-tiba dan tenaga fizikal yang amat luar biasa; dan pengabaian ataupun penentangan untuk melakukan kerja-kerja asas dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dilihat sebagai penting kepada peranan sosial seseorang manusia. Simptom-simptom ini selalunya datang secara berkombinasi, jika orang yang menunjukkan simptom-simptom ini tidak dirawat dengan segera, mereka boleh ditimpa kesakitan yang serius ataupun mati. Untuk merawat seseorang yang telah dirasuk oleh Pelesit, bomoh akan mencari sebarang tanda-tanda penting seperti bintik-bintik kemerahan, tanda-tanda gigitan dan sebagainya pada tubuh mangsa. Dia kemudiannya akan memicit bahagian-bahagian yang dipercayai telah diserang oleh Pelesit, ataupun disyaki telah diduduki oleh Pelesit, contohnya kawasan di antara jari-jari, di mana jari-jari bercantum dengan tangan, Dia kemudiannya akan cuba menyiasat siapa tuan roh itu dan jalankan upacara kerasukan terhadap roh (dengan kemenyan, asap-asap busuk, air dan bacaan jampi) lalu memanggil semula semangat mangsa ke dalam tubuhnya dengan meniup ke arah kepala mangsa.

Selain berfungsi untuk mengabdikan suami-suami, tuan-tuan Pelesit juga menggunakannya sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dalam apa yang boleh kita samakan hari ini dengan skim-skim penipuan. Pelesit diarah untuk menyerang mangsa sasaran seperti seekor anjing garang, kemudian si bomoh akan datang untuk merawat mangsa dengan balasa upah. Roh ini harus sentiasa berada di bawah jagaan tuannya dan sentiasa diberi makan. Jika seseorang tuan mati tanpa menurunkan Pelesitnya kepada seorang tuan yang baru, Pelesit itu akan membuat kacau- bilau di kampung tuannya.


Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff