Pontianak

Pontianak




Varnpir penghisap darah ini dipercayai anak Langsuir yang mati dalarn kandungan; oleh itu ia juga dikenali sebagai Matianak. Sarna seperti Langsuir, Pontianak tertarik kepada kelahiran bayi dan juga darah dari kelahiran bayi. Duri-duri yang diletakkan di sekeliling rurnah untuk rnelindungi wanita-wanita bersalin daripada Langsuir juga rnernberikan kesan yang sarna kepada Pontianak. Tidak seperti Langsuir, Pontianak dikatakan muncul dalarn bentuk wanita-wanita rnuda dan jelita untuk menarik perhatian mangsa-rnangsa lelaki.

 Cerita-cerita rakyat mendakwa mengetahui yang Pontianak tinggal di dalam batang-batang pokok purba, sementara variasi lain tentang asal-usulnya mengaitkannya dengan pokok-pokok pisang. Sekiranya sebatang paku besi ditukul ke dalam lubang pada belakang lehemya, ia akan bertukar semula ke bentuk asalnya sebagai manusia, sehinggakan ia boleh berkahwin dan mendapat anak. Ia boleh kekal setaat wanita-wanita biasa selagi paku di belakang lehemya kekal di situ sehingga ia mati dan ditanam. Jika paku itu dicabut, ia akan bertukar semula menjadi Pontianak yang jahat yang suka membunuh rarnai manusia.

 Di dalam keadaan lembutnya, modus operandi Pontianak selalunya menghantuijalan-jalan kosong dan tempat-tempat sunyi, selalunya pada waktu malam, menahari kenderaan-kenderaan yang lalu untuk ditumpangi. Kadang-kadang ia ditemani seorang bayi, yang sebenamya sebiji batu nesan. Bauan semerbak bunga sundal malarn akan menghiasi udara sekelilingnya. Lelaki-lelaki'yang tidak bertanya kenapa wanita cantik ini menahan kereta di tengah-tengah mal am akan disuruh untuk berhenti berdekatan tanah perkuburan.

Sebaik sahaja ia melangkah keluar kereta, ia akan melonjak ke udara dengan hilaian yang sangat kuat lalu berterbangan. Lelaki bertuah yang dapat melarikan diri ini sebelum diserang akan dilanda demam selama beberapa hari. Sekurang-kurangnya dia masih hidup lagi untuk bercerita ten tang nasib malangnya itu supaya selepas itu wanita-wanita cantik yang menahan kereta pada waktu malam akan diabaikan oleh orang lain. Mereka yang teragak -agak akan terus diserang dengan kuku dan giginya yang tajam. Semasa ia menyerang, ia akan bertukar menjadi seorang yang tua dan hodoh. Pontianak dipercayai memakan usus-usus dan darah, juga dipercayai memotong zakar mangsa-mangsa lelaki. Ia juga ada selera kepada bayi-bayi yang ditarik segar daripada perut si ibu.

 Satu kajian antropologi telah menges an satu kepercayaan terhadap sejenis vampir penghisap darah sama seperti Pontianak, tapi jenis yang lebih membawa kebaikan iaitu roh baik yang menyembuhkan penyakit di kalangan puak Orang Asli Semelai. Orang Semelai akan menjalankan upacara-upacara penyembuhan dengan menyeru Matianak. Dipercayai cerita-cerita rakyat Melayu telah mengadaptasi kepercayaan ini, tapi telah menjadikannya sejenis hantu jahat yang suka menghisap darah.

Pada November 2007, Berita Harian melaporkan kisah seorang bomoh di Batu Pahat yang mendakwa dia telah berjaya menangkap Pontianak yang mengganggu sebuah keluarga di Kampung Parit Jalil. Sarna seperti si penangkap Langsuir dari Sabak Bemam itu, bomoh yang bemama Mohd Razali Palil ini juga telah melepaskan tangkapannya, . "selepas memberi amaran jangan ganggu lagi keluarga itu.'


Berkait juga dengan hantu ini ialah nama yang diberi kepada bandar Pontianak, ibu negeri wilayah Kalimantan Barat, Indonesia. Dikatakan pengasas bandar itu Syarif Abdul Rahman al-Gadri, yang mempunyai reputasi yang buruk di kalangan pelaut-pelaut, mahu memulakan hidup baru dan menetap di satu tempat tanpa kenangan-kenangan atau masalah-masalah silamnya. Oleh itu dia memilih satu kawasan luas yang tidak berpenghuni kerana temp at itu dipercayai dipenuhi roh-roh jahat, iaitu Pontianak. Lagenda menceritakan bagaimana dia menakutkan roh-rohjahat itu dengan cara yang sarna dia gunakan terhadap musuh-musuh duniawinya: "Dengan meriam yang banyak." Roh-roh itu lari, namun namanya dikekalkan. 

Penanggalan dan Pontianak mempunyai asal-usul yang bertindih sehinggakan kedua-dua nama itu seakan boleh ditukarganti. Ada sebuah kampung yang bemama Kampung Pontianak, 45 kilometer dari Mersing, lahar. Cerita yang menerangkan asal-usul nama kampung itu sebenamya menggambarkan apa yang sumber-sumber lain akan panggil sebagai Penanggalan.

 Seperti yang diterangkan oleh 'Penyiasat-Penyiasat Paranormal Singapura,' lagenda tempatan mengisahkan pada mas a dulu tinggal seekor Pontianak yang memakan bayi-bayi baru lahir, terutamanya yang lelaki. Pada satu malam ia terdengar jeritan sea rang wanita kampung yang sedang bersalin. Ia dengan segera menanggalkan kepalanya daripada tubuh dan terus terbang ke rumah itu tanpa menyedari yang penduduk kampung sedang menunggu untuk menangkapnya. Ketika tiba di sana, ia mendapati setiap pintu dan tingkap rumah telah ditutup dari dalam. Terdesak, ia membuat keputusan untuk masuk melalui celah-celah lantai rumah. Penduduk-penduduk kampung yang telah bersedia segera mencampakkan jaring ke atasnya. Jeritannya telah mengejutkan tubuhnya, tapi sebelum tubuhnya sempat bercantum semula dengan kepala, sekumpulan lagi penduduk kampurig telah masuk ke rumah Pontianak itu dan membakar tubuhnya. Tanpa tubuh untuk ia kembali, Pontianak itu telah berjaya dihapuskan.


Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff