PAGparanormal (E3S4) Episod Banglo Pemujaan??

Pada hari Jumaat lalu saya telah membawa Team PAG ke satu lokasi banglo lama yang masih terselit di celah celah bandaraya Kuala Lumpur.Setibanya di lokasi beberapa crew PAG tergamam seketika kerana tidak tahu menahu langsung kewujudan banglo terbabit.



Pada malam itu kami tiba tepat 12 malam.Waktu itu keadaan sekeliling basah.Kehadiran kami dijemput oleh sang `Nyamuk banduan`.Tanpa melengah lengahkan waktu kami meneruskan kajian di banglo ini.Bukan sekadar struktur banglo ini sahaja yang kami temui malah ia mempunyai sebuah kabin di belakang.Ia mengingatkan saya kepada cerita `Cabin in the wood`.




Disekeliling kawasan banglo ini di penuhi dengan belukar dan pokok besar.Memang agak meyeramkan apabila melihat rumah tinggal yang telah ditumbuhi pokok-pokok besar setinggi 5 tingkat.Seorang krew PAG - Mirol mendakwa melihat kelibat meninjau ninjau dari dalam banglo terbabit namun setelah disiasat kami tidak menemui apa-apa.Adakah ianya kelibat orang (manusia) atau orang-orang (entiti).



Lebih mengejutkan kami ketika meninjau keadaan sekeliling banglo terbabit kami telah menemui beberapa lilin merah dan putih.Kami mengesyaki ada unsur-unsur pemujaan yang telah dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.Pada masa itu juga kesemua krew disarankan lebih berhati-hati.Kita tidak mahu perkara khurafat yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu memudaratkan orang lain yang berada disitu dengan tujuan baik. Di akhir kajian kami didatangai bau wangi dan pada waktu itu kesemua krew PAG terkedu dan memandang muka sesama sendiri.Mungkin pada masa itu terlintas pelbagai imaginasi di benak fikirian krew krew yang terlibat pada malam itu.JANGAN TEGUR!!









Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff