Apa Itu Paranormal ?


Paranormal berasal dari bahasa Yunani. ‘Para’ ertinya ‘di luar’ atau ‘melampaui’, dan normal. Jadi dari asal katanya, paranormal bererti sesuatu di luar normal atau melampaui hal-hal normal. Secara definitif, paranormal adalah istilah yang digunakan untuk segala jenis fenomena psikis, pengalaman atau kejadian yang terlihat memiliki hubungan dengan jiwa (psike) atau pikiran (mind), dan yang tidak dapat diterangkan dengan prinsip-prinsip fisikal.

PARANORMAL adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Pengertiannya meluas dan bukan hanya terhad kepada Pra-sains, telepati, telekinesis dan sebagainya. Sesuatu perkara yang pelik atau aneh yang sukar dijelaskan secara tepat melalui ilmu yang sedia ada boleh dikategorikan sebagai paranormal. Alam mistik atau alam ghaib, perihal melibatkan kebatinan atau kerohanian, fenomena UFO (Unidentified Flying Object), Bigfoot merupakan diantara cabang paranormal yang sering mendapat perhatian pengkaji paranormal seluruh dunia.

Paranormal adalah suatu aktiviti yang melibatkan deria khusus dalam berkaitan dengan alam ghaib. Dalam menjalani kemampuannya seorang pengkaji paranormal memerlukan penggunaan deria dengan deria khusus di luar pancaindra atau sering disebut dengan sixth sense. Hal ini kerana objek(entiti) yang ingin dihubungi bersifat ghaib yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan memerlukan deria khas untuk berkomunikasi dengan mereka.



Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff