Sebuah pesawat penerbangan komersil milik Virgin Australia Airlines dari Brisbane dilaporkan cuba dirampas di Bali.
Menurut Ketua Polis Bali, pesawat itu kini telah mendarat di Bali dan sedang berada di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar.
“Kami menerima laporan pesawat 737-800 daripada Brisbane yang menuju ke Bali itu telah dirampas,” demikian menurut jurucakap Tentera Udara Indonesia, Hadi Tjahjanto sebagaimana yang dilaporkan oleh MetroTV.
Menurut laporan BBC, pihak polis memberitahu seorang penumpang cuba memasuki bahagian kokpit dan mengambilalih pesawat, namun telah ditahan.
Namun pihak tentera telahpun berada di atas pesawat.
Menurut jurucakap sama, penumpang berkenaan dilapor berada dalam keadaan mabuk, dan ia bukan satu rampasan.
Virgin Australia Airlines, sebelum ini dikenali sebagai Virgin Blue Airlines adalah syarikat penerbangan kedua terbesar Australia. - Reuters / BBC
IKLAN :
![]() |
Tekan Gambar Untuk Maklumat Lanjut |