Perlawanan akhir Piala Thomas 2014 Malaysia VS Jepun
Kemeriahan kejohanan Piala Thomas New Delhi, India 2014 kian terasa. Pada peringkat separuh akhir yang berlangsung baru-baru ini, Jepun dan Malaysia mengungguli dalam edisi Piala Thomas kali ini dengan masing-masing memperolehi keputusan 3-0.
Jepun mengetepikan China dalam pusingan separuh akhir dan ini mengejutkan ramai peminat badminton di seluruh dunia. Jika sebelum ini China adalah salah satu “Wira” dalam sukan badminton tetapi kali ini dengan mudah dikalahkan oleh Jepun dengan keputusan penuh 3-0.
Apa yang mengejutkan dalam kejohanan Piala Thomas 2014 kali ini, Malaysia layak ke peringkat akhir apabila menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-0. Dengan kemenangan itu, Malaysia secara automatik layak bertemu Jepun dalam saingan peringkat akhir Piala Thomas 2014.
Setelah sekian lama Malaysia kemarau Piala Thomas, mampukah kali ini Malaysia menjulang Piala Thomas untuk edisi 2014? Kali terakhir Malaysia memenangi Piala Thomas adalah pada tahun 1992 di Stadium
Negara setelah menumpaskan Indonesia 3-2 pada perlawanan akhir. Ini bermakna sudah 22 tahun Malaysia kemarau Piala Thomas.
Perlawanan peringkat akhir Piala Thomas 2014 akan bersiaran secara langsung(live) pada pukul 5.30 petang 25 Mei 2014. Kepada peminat badminton bolehlah menonton secara online/live streaming perlawanan akhir Piala Thomas 2014 di sini.
TEKAN KOTAK BIRU TV 1 SELEPAS TEKAN LINK DI BAWAH
------ >LINK 1 (RTM) <------
IKLAN :
![]() |
| Tekan Gambar Untuk Maklumat Lanjut |


