Panda hanya mengawan 72 jam setahun




Pasangan panda gergasi, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) yang kini ditempatkan di Zoo Negara hanya akan disatukan selama 72 jam dalam tempoh setahun bagi proses mengawan.

Memetik laporan Kosmo!, panda betina hanya mempunyai waktu subur selama tiga hari dalam setahun dan ia ditentukan melalui ujian hormon.

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosli Ahmat Lana, selain daripada tempoh tiga hari itu, pasangan panda tersebut akan tinggal di kandang yang berasingan.

"Walaupun kedua-duanya diletakkan di kadang yang berasingan, namun kami akan memantau paras hormon padangan ini dan apabila sampai masanya ia akan dilepaskan untuk mengawan," katanya kepada Kosmo!.

Ujar Rosli lagi, pihaknya yakin Feng Yi cukup subur untuk beranak di Malaysia walaupun hanya dapat bersama kira-kira 72 jam.


IKLAN :  
http://www.qlimax.my/125
Tekan Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff