Pesawat AirAsia ke Langkawi berpatah balik
GEORGETOWN : Pesawat AirAsia dari negeri ini ke Langkawi berpatah balik dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.
Pesawat AK6242 berpatah balik selepas 10 minit memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 4.30 petang, sebentar tadi.
Penumpang, Subash Elangovan berkata, juruterbang pesawat berkenaan memaklumkan kepada mereka bahawa pesawat berkenaan mempunyai masalah teknikal dan harus berpatah balik.
Penerbangan berkenaan dijadualkan semula pada jam 6 petang dan sudah berlepas daripada LTAPP, namun sama ada pesawat yang sama digunakan untuk penerbangan berkenaan tidak dapat dipastikan.
Bagaimanapun, pihak pengurusan Air Asia enggan mengulas lanjut.
Pesawat AirAsia ke Langkawi berpatah balik
2014-12-28T18:56:00+08:00
Ron Asraff
Popular Posts
-
Pada awal minggu ini kita di kejutkan dgn berita UITM Lendu , Melaka di ganggu makluk halus , sumber yg di keluarkan oleh seorg blogg...
-
Kajian Paranormal oleh Pengembaraan Alam Ghaib Malaysia Tragedi Highland Towers merupakan trag...
-
Post by Pengembaraan Alam Ghaib (Paranormal Malaysia) . Post by Wujud (Paranormal Team) . Berdasarkan daripada...
-
Selama hampir setahun perancangan dibuat untuk kajian secara bersama ini , perbincangan demi perbincangan . Akhirnya kedua pasukan...
-
Sepasang suami isteri beserta bayi mereka yang baru berusia enam bulan menjadi korban satu kemalangan ngeri membabitkan kereta Pajero ...