Villa Nabila adalah sebuah rumah yang terdapat pelbagai kisah seram yang sering diceritakan oleh pelbagai pihak dan menyebabkan rumah tersebut dianggap sebuah rumah berhantu , tahun lalu Malaysia dikejutkan dengan berita beberapa orang remaja ke Villa tersebut hanya sekadar suka suka disyaki hilang . Selepas beberapa jam , menurut sumber media remaja tersebut "DICULIK" oleh teman wanitanya sendiri ...
Selepas peristiwa itu , beberapa CEO produksi ingin membuat filem tentang Villa ini dan hari ini Syafiq Yusof telah berjaya menghasilkan filem tersebut dan sedang ditayangkan diserata pawagam di Malaysia.
Namun, baru sahaja filem itu ditayangkan di seluruh negara bermula semalam (Khamis), ia sudah mencetuskan ‘keseraman’ tersendiri apabila seorang penonton wanita diberitakan secara tiba-tiba diserang histeria ketika menonton filem tersebut di panggung yang terletak di pusat beli-belah AEON Tebrau.
Ini adalah antara tweet Pengarah Filem tersebut selepas video ini tersebar....
Demi Allah SWT, Demi Rasul, kejadian histeria dlm panggung semalam bukan dibuat-buat oleh saya atau team production mahupun team marketing!
— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) January 16, 2015