
Sejak Caliph Buskers membuat persembahan di AJL baru-baru ini , majoriti Buskers yang dulunya tidak begitu terkenal mendapat liputan meluas sama ada di laman sosial atau pun di media cetak. Kini sekumpulan pemuzik jalanan iaitu Genji Buskers semakin popular sejak sebuah video mereka sedang membuat persembahan di datangi oleh bekas pemimpin negara yang sangat disegani di dunia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Genji Busker (generasi jiwa interaktif) yang diasaskan oleh Mus Genji seawal 2010 bermula secara solo di Sogo seterusnya di Bukit Bintang. Dia mengutamakan konsep hiburan jalanan akustik, mus genji mula menjadi tarikan pelancong di Bukit Bintang kerana membawakan pelbagai lagu antarabangsa di hadapan KFC Bukit Bintang. Pada tahun 2013 ,Farah Farliana (shaker tambourine) menyertai Genji Buskers dan diikuti Wan Junaid ( cajoon) dan kemudiannya pada september 2013 Genji Busker telah menerima tawaran 15 episod "Talk Show" Diva di Vida Astro Prima. Ketika itu mereka mula menerima khidmat pemuzik sessionist bass & guitar sehingga kini silih berganti.
Mat Salleh pun turut menyanyi
Sejak daripada itu banyak stesen tv mula menggunakan khidmat mereka untuk Live Tv akustik dan mereka kerap menerima undangan di majlis makan malam kerajaan & korporat. Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka . Bolehlah hubungi Mus Genji di 013-3233319 atau anda boleh "Like" fan pages mereka.
Post by GENJI Buskers.