Dato Hasbullah Awang Meninggal Dunia






Dato Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir sebentar tadi di Institut Jantung Negara menurut laporan Astro Awani. Arwah yang  berkhidmat dengan Astro. Beliau kini bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia.

Hasbullah memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong. Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Arwah juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.






Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff