Sinopsis & Trailer Filem Seram BANGUNAN





Excellent Pictures telah mendokumentarikan pengalaman kisah Khir Rahman, Sein dan Aqasha ketika menyiapkan produksi sebuah filem. Mereka kemudiannya mengubah hala produksi tersebut ke arah kisah aneh yang dialami mereka di sebuah bangunan.



Apa yang dirakamkan bukan berasal dari sebuah skrip dan cerita ini boleh dikata seiras cara rakaman "Paranormal Activity" . Susunan jalan cerita sangat kemas , seolah-oleh sedang mengalami situasi yang dialami oleh mereka ketika anda menonton di pawagam.

Filem ini "berbeza" daripada mana-mana filem yang pernah diterbitkan oleh produksi di Malaysia kerana pembikinannya tidak disengajakan. Menurut Khir "Projek ini pada asalnya untuk kami buat kajian filem pertama kerjasama syarikat kami iaitu Camwerk Studio dan Suar Channel bagi menerbitkan filem berjudul Garang.

"Namun dalam proses membuat kajian itu kami mendapat perkara lain iaitu tentang kisah misteri kehilangan dua individu di sebuah bangunan yang sehingga kini masih menjadi kes polis. Hasilnya terjadi pula filem Bangunan,"

Tambah Khir, apa yang dipaparkan dalam filem tersebut adalah kisah benar yang ditemui sepanjang penyelidikan mereka terhadap sebuah bangunan yang masih beroperasi.

Pandangan peribadi saya selepas menonton filem ini , filem ini sangat menarik untuk ditonton kerana memberikan suatu pengalaman yang mungkin tidak pernah kita rasai. Berdasarkan pengalaman saya di bidang Paranormal , sukar untuk membukti rakaman filem ini rekaan.

Bangunan akan ditayangkan di pawagam berdekatan pada 5 Februari 2015. Saya boleh katakan Filem ini adalah filem wajib tonton bagi genre seram tahun ini.



Sinopsis Bangunan

Filem Bangunan mengisahkan tiga orang pelakon Khir Rahman, Sein dan Aqasha yang sedang menyiapkan produksi sebuah filem.

Setelah mengetahui tentang kisah aneh di sebuah bangunan, mereka mengubah filem itu ke arah kisah aneh tersebut. Mereka cuba merakam kewujudan makhluk halus dan menyampaikan kisah misteri orang-orang yang hilang di dalam bangunan tersebut.

Filem Bangunan bergenre seram dibintangi oleh Khir Rahman, Syed Hussien, Aqasha, Osh, Yusran Hashim, Azmi Musa, Wan Shahidi dan ramai lagi diterbitkan oleh Excellent Pictures.





Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff