Review Filem Insidious Chapter 3


Pengarah : Leigh Whannell
Genre : Seram
Pelakon : Lin Shaye, Stefanie Scott, Dermot Mulroney, Leigh Whannell, Angus Sampson, Hayley Kiyoko


Review ? Rasanya ini review pertama yang aku tulis dalam blog "Cap Ayam" aku ni ... Insidious Chapter 3 buat aku teringin tonton disebabkan aku follow  filem ini daripada chapter 1 tapi untuk Chapter 3 ianya sebuah filem Prequel. Sebelum berlaku gangguan paranormal dekat keluarga Lambert . Kisah kali ini , seorang gadis bernama Quinn Brenner yang telah kehilangan ibu nya dan dia cuba hubungi ibu nya yang sudah mati tetapi malangnya dia tidak sengaja telah memanggil entiti yang wujud di alam "The Further" .

Entiti ini mula menganggu gadis ini selepas dia terlibat dalam kemalangan semasa ingin melintas jalan dimana ketika itu Quinn terlihat seseorang melambai dia , 3 minggu selepas kemalangan Quinn sering diganggu oleh makluk ini sehingga ayahnya meminta bantuan Elise untuk menghalau entiti tersebut ... Erkkk ... Dh bocor banyak ni ... Sebelum aku tak sengaja taip semua detail , baik korang pergi tengok . Haha 

Bagi aku filem untuk chapter 3 ini agak slow berbanding chapter sebelum nya , tetapi masih mengekalkan scene terkejut yang amat . Berapa bintang ? Aku bagi 4/5 bintang . Lagi pun filem ini ditahap terbaik berbanding filem paranormal buatan tempatan . Tapi .... Filem Bangunan tetap terbaik untuk genre Paranormal & Seram bagi filem tempatan . 

Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff