Imam Masjid Negara Ditampar




Imam Masjid Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim ditampar dipercayai oleh lelaki Arab ketika sedang mengimamkan Solat Jumaat kira-kira 1.45 tengah hari tadi.

Menurut sumber Masjid Negara, kejadian berlaku ketika Mohd Zuhairee sedang mengimamkan solat Jumaat pada rakaat pertama sebelum lelaki terbabit datang dari arah belakang barisan makmum dan menolak mangsa.

Bagaimanapun kejadian berkenaan tidak terhenti setakat itu apabila suspek bertindak menampar muka Mohd Zuhairee dan menyebabkan imam berusia 37 tahun tersungkur.

"Ekoran kejadian itu suspek terus ditahan pegawai keselamatan Masjid Negara sebelum dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis," kata sumber berkenaan.

Sumber itu memberitahu, solat Jumaat terbabit bagaimanapun disambung semula oleh Mohd Zuhairee daripada awal rakaat pertama sehingga selesai.


Sumber : Harian Metro

Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff