Hantu Raya

Hantu Raya




Hantu Raya dianggap sebagai 'ketua segala gerombolan alam ghaib,' sejenis roh penting yang kuat dengan asal-usul daripada kepercayaan-kepercayaan animistik awal Melayu. Oleh itu ia berkaitan rapat dengan Hantu Laut, Hantu Hutan, Hantu Tanah dan Hantu Pemburu. Sesuai dengan namanya, Hantu Raya digambarkan sebagai sangat besar dalam saiz dan ketinggian. Buku The Bomon and The Hantu menceritakan kisah-kisah penemuan Hantu Raya dengan memberi gambaran yang ia mempunyai tubuh dan badan yang merah umpama api. Hantu Raya sangat tersinggung dengan manusia berlagak yang dakwa mereka boleh melawan apa-apajenis hantu sekalipun, ataupun dengan manusia skeptik yang menolak kepercayaan-kepercayaan ghaib: kemunculan tiba-tiba Hantu Raya yang besar ini akan memberikan klimaks yang seram tapi lucu kepada sesiapa yang bertanya: "Mana ada hantu?"

Walaupun dengan status gelaran yang tinggi di kalangan hantu- hantu, Hantu Raya boleh dibela dan dikawal oleh seorang tuan, yang akan mendapat kuasa-kuasa hebat. Sama seperti benda-benda kuat yang lain, Hantu Raya selalunya dibela untuk melindungi harta- benda. Sesiapa yang ada hati untuk mengganggu atau mengambil apa-apa dari rumah ataupun tanah memang sengaja cari pasal. Mereka ini akanjatuh sakit ataupun akan menjerit kesakitan sekuat hati seolah-olah ada sesuatu yang sedang menggigit mereka dari dalam tubuh. Kesakitan ini akan berlanjutan sehinggalah mereka memulangkan semula apa yang telah diambil, ataupun pergi meminta ampun kepada tuan punya hantu.

Hantu Raya sangat cemerlang kerana ia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa, kadang-kadang menjelma dalam bentuk sebenamya, tapi selalunya ia akan menyerupai tuannya. Peliknya bila setiap kali ia menjelma sebagai tuannya, ia akan kekal membisu bila ditanya, dan juga ia akan cepat menghilangkan diri. 

Juga dipercayai yang jika tuannya meninggal dunia, balunya tidak akan dapat berkahwin lagi. Jika dia berkahwin pun, perkahwinan itu tidak akan kekal lama kerana sering diganggu oleh hantu ini. Menurut cerita-cerita rakyat, Hantu Raya.akan menjelma sebagai arwah tuannya dan akan pulang ke rumah, dan pada waktu malam akan tidur bersama balu tuannya itu. Beberapa ketika sebelum subuh ia akan menghilangkan diri. Ini dikatakan berlaku setiap malam. Balu itu selalunya akan ketakutan pada mulanya, tapi perlahan-perlahan ketakutannya akan hilang dan akhimya dia akan melayan hantu belaan arwah suaminya itu sepertimana dia telah melayan suaminya.

Akan timbul masalah jika selepas kematian tuannya, tiada siapa yang mengambilalih pemilikan Hantu Raya ini. .Ia akan membuat kacau-bilau dan mengganggu sesiapa yang ia jumpa. Ia akan kekal menjadi pengacau sehinggalah sesiapa mahu menjadi tuan barunya. Hantu Raya harus diberi jamuan sekali setiap setahun. Upacara ini dikenali sebagai 'berjamu.' Antara jamuan-jamuan yang selalu diberikan ialah pulut kuning, telur dan ayam panggang.

Sumber daripada wikipedia pula --- > http://en.wikipedia.org/wiki/Hantu_Raya



Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff