Apa itu PARANORMAL & bagaimana Kajian PARANORMAL di lakukan ?

APA ITU PARANORMAL? PARANORMAL adalah sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan tepat. Pengertiannya meluas dan bukan hanya terhad kepada Pra-sains, telepati, telekinesis dan sebagainya. Sesuatu perkara yang pelik atau aneh yang sukar dijelaskan secara tepat melalui ilmu yang sedia ada boleh dikategorikan sebagai paranormal. Alam mistik atau alam ghaib, perihal melibatkan kebatinan atau kerohanian, fenomena UFO (Unidentified Flying Object), Bigfoot merupakan diantara cabang paranormal yang sering mendapat perhatian pengkaji paranormal seluruh dunia.

Di Malaysia pula PARANORMAL lebih kepada Kajian Alam Ghaib , sejarah bermulanya kumpulan Paranormal di Malaysia ialah kumpulan Seekers yang di tubuhkan daripada sebuah rancangan kajian Paranormal di NTV7 . Seekers juga sebuah kumpulan paranormal yg amat dikenali ramai sehingga hari ini . Sejak bermula rancangan Seekers di siarkan di tv , semakin banyak kumpulan paranormal ditubuhkan dgn pelbagai nama tersendiri . Antara yg di kenali ramai di laman sosial facebook
adalah Pengembaraan Alam Ghaib(Paranormal Malaysia) , Wujud Paranormal Team , Expar & lain-lain lagi . Tetapi ada sesetengah kumpulan paranormal ditubuhkan hanya untuk menipu orang dgn kewujudan entiti yang sememangnya tidak ada & menyatakan entiti itu wujud berdasarkan kajian yang tidak berasas . Kebanyakan kumpulan tersebut adalah kumpulan yg tidak ada pengalaman atau terlebih bijak(konon bijak) di dalam perkara ini .


Untuk menjadi seorang pengkaji bukannya sesuatu perkara yang mudah , kita perlu menitik berat setiap aspek . Kajian bukan sahaja memerlukan sebuah camera yg amat mahal tetapi memerlukan minda yg bijak untuk membuat keputusan sama ada sesuatu yang dirakam itu adalah entiti atau pun tidak . Kita tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati tanpa menyiasat perkara itu dgn betul . Tetapi bagi pengkaji yang berjaya mendapat rakaman yg sahih bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai yang perkara tersebut BENAR. Antara aspek yg penting bg seorg pengkaji adalah cahaya , keadaan lokasi , warna , bunyi , pengerakan & penglihatan. Aspek yg dinyatakan sgt penting bg seorg pengkaji paranormal , tanpa aspek trsebut kita mungkin gagal untuk menentukan apa yg dirakam adalah entiti atau tidak.



Contoh aspek : Cahaya , keadaan lokasi , warna rumah yg luntur , bunyi , pengerakan & penglihatan

Video di bawah ini jika kita lihat belakang sukarelawan ternampak seperi sesuatu lembaga putih di belakangnya , berdasarkan kajian objek tersebut terbentuk daripada sebuah cahaya. Keadaan lokasi ini agak berselerak , atas bukit . Mungkin ada binatang di sini . Berdasarkan warna rumah yg kotor jugak boleh mewujudkan entiti yg tidak benar seperti video di bawah . Rakaman ini juga berjaya merakam bunyi bukan dikatakan entiti & mungkin entiti . Selain itu video ini jugak berjaya merakam pengerakan sesuatu yang bukan entiti.





Contoh kedua : Bunyi

Rakaman ini berjaya merakam seperti seorang perempuan menangis / mengilai . Audio ini di sahkan entiti .














Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff