Pocong


Pocong




Di Kampung Baru Kemasik, Kemaman, Terengganu, khabarnya, ada jelmaan menyerupai mayat berkapan telah muncul di kampung itu, pada penghujung bulan Mei lalu. Orang kampung menggelarnya, hantu pocong. Menurut maklumat yang sampai telinga si pemburu cerita hantu itu, pocong tersebut menjelma ketika jarum jam semakin hampir ke pukul 12.00 malam. Ia berdiri di bawah lampu, kemudian mundar-mandir di jalan yang lengang.

 Peristiwa seram itu telah disaksikan oleh dua orang pemuda yang sedang bermain gitar. Dari situlah cerita jelmaan pocong heboh diperkatakan di Kampung Baru Kemasik.

 Begitulah kisah 'hangar yang disiarkan dalam keluaran bulan Ogos 2008 majalah Mastika, yang tidak banyak beza pun dengan apa yang ia siarkan setiap bulan. Selain dari memastikan sebuah majalah yang dulunya sebuah majalah sosio-politik yang disegani terus beroperasi, Pocong adalah salah satu daripada roh-roh nakal yang" paling biasa dan as as sekali. Imej kain putih yang membaluti mayat boleh ditemui dalam pelbagai kebudayaan. Fakta bahawa Pocong adalah antara hantu-hantu yang paling mudah untuk ditiru demi mempersendakan orang lain tidak dapat mengurangkan segala sensasi yang timbul akibat kemunculan Pocong dalam video-video masakini.

 Dalam kebudayaan Melayu, Pocong dipercayai roh berkapan seseorang yang telah mati. Kain putih ini dipanggil mori dan ia diikat di atas kepala, di bawah kaki dan pada leher. Dipercayai roh seseorang yang telah mati akan kekal di bumi selama 40 hari selepas kematiannya. Jika ikatan ini tidak dibuka selepas tempoh itu, mayat dikatakan akan melompat keluar daripada kubur dan terus melompat-melompat. Roh ini berbuat demikian bukannya untuk menakutkan orang lain, tapi hanya untuk mengingatkan pengurus-pengurus jenazah supaya membuka ikatan itu.

Sumber daripada wikipedia pula --- > http://id.wikipedia.org/wiki/Pocong_(hantu)


Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff