PAGparanormal di JDT

17 Januari 2014 , tepat jam 10 pagi semua crew PAGparanormal daripada Kuala Lumpur bertolak ke Johor Bahru untuk kajian Paranormal serta sesi bergambar untuk tahun 2014 . Perjalanan kami daripada KL ke JB mengambil masa lebih kurang 5 jam kerana kami ada berhenti di beberapa hentian rehat .

Lebih kurang pukul 3pm , kami selamat tiba di Grand Blue Wave Johor Bahru  . Penginapan ini ditaja oleh seseorang yang tidak mahu dikenali .Sebaik sahaja kami "Check In" di hotel tersebut . Kami semua berehat sementara menunggu jam 10pm.



Tepat jam 10pm meeting awal tahun dijalankan bagi membincangkan rancangan pengambaraan PAGparanormal sepanjang tahun 2014 ini , daripada perbincangan ini ada beberapa isu menarik yang dibincangkan . Termasuk kajian secara "Joint Task" dgn pasukan paranormal yang lain .

Sebelum kami bergerak ke lokasi , 3 Aj Studio iaitu sebuah produksi yang menguruskan setiap editing video kami memberikan cenderahati kepada semua crew PAG . Cenderahati disampaikan oleh founder PAGparanormal En. Az PAG sebagai tanda penghargaan kepada krew yang masih terus bersama dan tidak putus-putus menjadi tulang belakang kepada kejayaan PAG selama 5 tahun ini.









Cenderahati



Selepas sesi menberi cenderahati selesai , kami terus bergerak ke lokasi untuk sesi Official Photoshot 2014 di lokasi yang tidak dapat dikongsikan . 



Sesi bergambar ini di taja oleh seorang photografer profesional bernama Li Yeenz  . Gambar yang beliau ambil amat memuaskan . Boleh click link yang saya sertakan tadi untuk tempahan sesi bergambar . 





Az (Leader & Founder PAGparanormal)

AJ

Ash (Dr. Scan)

Mirol

Ron Asraff

YuYie

Yusz

Basid

Sesi bergambar ini habis jam 2pagi , kami semua bergerak ke sebuah restoran mamak untuk mengalas perut yang kosong sejak bertolak daripada Kuala Lumpur . 



Semasa kami tiba di restoran ini , saya lihat photografer yang duduk disebelah saya mengeluarkan laptopnya dan terus edit gambar yang diambilnya tadi . Perkara yang buat saya tidak duduk diam adalah kerana beliau edit photo tersebut seperti memasak air panas sahaja . Semudah 123 , editing yang beliau lakukan sangat memuaskan . Saya memohon maaf di atas sebab gambar di atas tidak dapat disiarkan dalam High Quality kerana blogspot tidak membenarkan. Dalam pukul 3.15 pagi kami selesai makan dan balik semula ke hotel untuk berehat .

Pada waktu petang 18 Januari 2014 , saya ada terima panggilan daripada saudara saya yang menetap di JB memberitahu ada beberapa lokasi menarik yang boleh PAGparanormal datang membuat kajian . Tepat jam 8PM semua crew bertolak ke lokasi yang dimaklumkan yang terletak di sekitar Pasir Gudang . 



Lokasi pertama yang kami pergi adalah sebuah flat tinggal , daripada maklumat penduduk setempat tingkat 4 & 5 blok terbabit tiada penghuni dan daripada cerita penduduk tersebut sering terlihat ada sesuatu di tingkat 4 & 5 . Pemberi maklumat ini juga ada mengatakan sering terdengar seperti bunyi kasut perempuan sedang menaiki tangga ke tingkat tersebut sedangkan tingkat tersebut tiada penghuni . 

Di lokasi tersebut crew PAGparanormal , Dr. Scan menjalankan sesi "Scanning Area" secara tradisional di lokasi terbabit . Semasa "Scanning" dijalankan crew tersebut mengatakan ada entiti berada di tingkat 5 . PAGparanormal menghantar Pasukan Peninjau seramai 3 orang untuk melihat lot tersebut . Semasa kajian dijalankan , penduduk di tingkat 1 , 2 & 3 melihat apa yang kami lakukan di blok terbabit . Selepas perbincangan di buat kami terpaksa batalkan kajian di lokasi terbabit di atas faktor bunyi bising yang akan menganggu rakaman .

Kami terus bergerak ke sebuah shopping mall yang ditinggalkan berhampiran di lokasi tersebut , daripada pemerhatian dibuat Shopping Mall tersebut seperti sudah lama ditinggalkan . Saya cuba mencari jalan masuk tetapi tidak berjaya . Semua laluan masuk sudah ditutup . Selang beberapa minit , seorang penduduk mencadangkan kami ke sebuah taman yang banyak cerita mistik . Lokasi tersebut tidak dapat saya kongsikan disebabkan lokasi tersebut boleh menjejaskan reputasi tempat terbabit . 

Lebih kurang pukul 3pagi , semua crew pulang semula ke Hotel tetapi tanpa saya ketahui semua crew sudah merancang untuk "Prank" saya semasa tidur . Berikut adalah rakaman "Prank" yang bagi tidak berjaya kerana saya berjaya teranjang Pocong tersebut . Hehe .




Trailer PAGparanormal JDT











Popular Posts

Copyright© 2011-2015 Segala yang tercatat diatas semuanya Hak Milik Ron Asraff