Akhirnya !! Cable dasar laut TM sudah diperbaiki . 2 minggu lebih hadapi masalah kelembaban internet disebabkan cable dasar laut TM bermasalah pada 19 September 2014 dimana semua pelanggan UniFi & Streamyx mengalami gangguan untuk melayari website di US & Hong Kong .
Persoalannya ? Adakah pembaca blog ini ada membuat laporan kepada TM bagi masalah ini ? Kalau tidak , korg sangat rugi sebab korg LAYAK untuk dapat REBAT drpd pihak TM kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik ketika itu .
Aku sudah buat laporan kepada SKMM serta TM pada 21 September & baru tadi aku sudah close case untuk tuntutun REBAT & sudah approved dapat RM 99.50 . Walaupun mungkin bagi korg nilai tu mcm sikit tp masih berbaloi untuk kita mohon REBAT itu . Jadi pada masa akan datang , korg pastikan setiap masalah internet laporkan kepada TM . Jika TM tidak boleh selesaikan masalah itu dalam 24jam . Korg layak dapat rebat daripada tarikh repot di buat ! :)